Kita semua pasti suka dengan kepelbagaian makanan di Malaysia terutamanya nasi lemak dan roti canai. Tetapi adakah kita tahu kandungan kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung di dalam makanan tersebut?
Sekiranya diambil tanpa kawalan, makanan-makanan ini boleh menyebabkan kegemukkan.
1. Nasi Lemak
Nasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Bukan sahaja diambil pada waktu pagi, malah untuk makan tengahari dan makan malam.
Hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Ia juga mengandungi lebih kurang 390 kalori tidak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang.
2. Roti Canai
Roti canai dengan kuah kari adalah makanan paling laris pada waktu pagi, bertambah enak jika dimakan bersama dalca dan sambal tumis.
Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori, jika dua keping bersamaan dengan 600 kalori. Tidak termasuk dengan kuah kari, dalca dan sambal tumis.
Biasanya sepinggan nasi goreng mengandungi lebih kurang 630 kalori. Ia menjadi kurang seimbang kerana nasi tersebut digoreng dengan menggunakan minyak, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur.
Nilai kalori lebih tinggi kepada lemak dan karbohidrat, untuk lebih sihat cuba makan tidak lebih daripada segenggam tangan.
4. Burger
Semua jenis burger mempunyai nilai kalori yang tinggi. Satu hidangan burger biasanya terdiri daripada keju, sos cili, mayonis dan lebih istimewa di tambah dengan sebiji telur yang mengandungi lebih kurang 475 kalori.
0 comments:
Post a Comment