3 Tips Turun Temurun Menjaga Dapur. #3 Paling Ramai Terlepas Pandang. Ish!

Dapur merupakan ruang yang agak sukar untuk dibersihkan. Namun begitu, itu bukan alasan untuk anda terus membiarkan sahaja kotoran-kotoran degil terus bertapuk. 


Sebaliknya setiap kotoran itu masih ada cara untuk dibersihkan. IMPIANA memberikan anda cara yang terbaik serta mudah bagi menyelesaikan setiap masalah kotoran di dapur.


1. Bersihkan Kotoran Telur

Jika anda tidak sengaja memecahkan telur sehingga jatuh ke lantai atau permukaan dapur, cubalah menggunakan garam untuk membersihkannya. 

Taburkan garam secukupnya di atas cairan telur dan tunggu beberapa minit hingga kering lalu bersihkan secara merata. 

Namun jangan sampai butiran garam dibiarkan terlalu lama, terutama di atas permukaan berbahan dasar logam kerana ia boleh mempengaruhi lapisan logam peralatan dapur.


2. Hilangkan Residu Pembersih Ketuhar

Sewaktu anda membersihkan ketuhar yang telah digunakan kebiasaannya akan ada sisa agen pembersih tertinggal pada bahagian dalam ketuhar. 

Agen pembersih ini ada kalanya menimbulkan aroma atau bau yang kurang menyenangkan. Bahkan mungkin boleh menimbulkan asap semasa memanggang atau memasak. 

Untuk itu, anda boleh mengakalinya dengan cara membersihkan ketuhar menggunakan kain yang direndam dalam campuran cuka air dengan kandungan 50-50 sebaik sahaja ketuhar dibersihkan. 

Langkah ini boleh membersihkan seluruh sisa baki agen pembersih.


3. Membersihkan Peti Atas

Cubalah untuk membersihkan bahagian dalam peti ais dengan menggunakan air panas bercampur sabun. 

Kemudian bilas dengan larutan cuka dan air dengan kandungan 50-50 untuk menghalang pembiakan kulat. 

Langkah ini juga bermanfaat untuk menyegarkan dan menghilangkan bau dalam peti ais. Jika anda sering membersihkan peti ais secara rutin, cukup mengelapnya dengan larutan cuka dan air.

0 comments:

Post a Comment

Share

 
We Are Pinkers © 2014 | Hak Cipta PinkViral Diubahsuai Oleh AshraXX, Aiman Ismail