Saya sungguh terkejut apabila mendapat berita mengenai “Bahaya menggunakan air minuman dari mesin layan diri”. Untuk pengetahuan, saya adalah antara pengguna setia air minuman dari mesin layan diri Dr.Sukida.
Sudah bertahun-tahun saya menggunakan air dari mesin air minuman layan diri ini dan sehingga kini masih ada lagi masalah seperti simpton sakit perut atau cirit birit.
Hari ini The Star telah mendedahkan berita mengenai bahaya menggunakan air dari mesin layan diri. Berita ini sangat mengejutkan ramai pengguna terutamanya pengguna air di Selangor.
Mengikut laporan dari The Star, hasil dari kajian 29 sempel yang diambil di sekitar Lembah Klang dan hampir kesemuanya telah dicemari.
Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E-Coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium Perfringens(sejenis bakteria yang ada di dalam air kumbahan yang tidak dirawat).
Clostridium Perfringens merupakan bakteri yang sama terdapat di dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.
P/S: Mula berhati-hati untuk beli air dari mesin layan diri. Semoga mesin air Dr.Sukida tidak tercemar dengan bakteri-bakteria ini.
0 comments:
Post a Comment