Sluuurp! Artis K-POP Makan 4 Jenis Makanan Ini. Anda Pasti Terliur.

Ye la. Ini makanan terkenal di Korea. 


1. Doenjang Jigae



Doenjang diperbuat daripada kacang kuning dan merupakan salah satu pes Korea. doenjang digunakan ketika memasak sop malah ketika membakar daging. 

Tapi cara yang paling unik ialah menggaul sop doenjang dengan nasi barli.(Air liur saya dah meleleh!) doenjang bukan sahaja makanan yang enak, malah seperti makanan Korea yang lain, ia merupakan makanan yang sihat. 

Walaupun di China ada Doobanjang dan di Jepun ada Miso, ia berbeza dengan doenjang kerana ia tidak diperam. 

Melalui proses pemerapan, doenjang mempunyai kesan anti-kanser. Oleh itu, ramai pelancong yang datang ke Korea membeli pes doenjang.


2.  Dolsot Bibimbap




Bibimbap berasal dari Jeonju, daerah Jeolla tapi sekarang ia telah menjadi makanan yang memikat hati para pelancong yang gemarkan rasa dan baunya. 

Oleh sebab bibimbap merupakan salah satu masakan yang digemari ramai, ia juga dijadikan makanan dalam pesawat. 

Bibimbap ialah nasi yang dicampur dengan pelbagai jenis sayuran dan juga daging lembu yang diperisa. Dolsot bibimbap berbeza dengan bibimbap biasa dari segi cara hidangan. Dolsot bibimbap dihidangkan dalam mangkuk yang dipanggil dolsot. 

Nasi yang dicampur dengan buah berangan, kacang, kacang merah dan lain-lain bijirin dimasak di dalam dolsot ini.


3. Tteokguk(Ricecake Soup)


Pada hari pertama tahun baru yang dipanggil Seollal, makan tteokguk ialah budaya tradisi Korea. Apabila makan semangkuk tteokguk, ia bermakna yang usia kita telah bertambah setahun. 

Oleh sebab itu banyak kata gurauan mengenai tteokguk seperti kalau kita mahu hidup tanpa meningkat usia, jangan makan tteokguk pada hari Seollal. 

Tapi orang Korea tetap makan tteokguk pada hari Seollal setiap tahun malah sekarang terdapat tteokguk segera yang senang disediakan.


4. Bulgogi


Bulgogi bukan sahaja disukai oleh pelancong yang datang ke Korea, malah kebanyakan orang Korea sendiri menggemarinya. 

Ia digemari kerana rasanya yang manis, berkuah dan tidak perlu dimasak begitu lama. Bulgogi selalunya dimakan bersama sayur-sayuran seperti salad atau daun bijan dengan cara membalut daging dengan sayuran. 

Dengan ini, rasa bulgogi akan bertambah sedap dan pelbagai jenis nutrien dapat diserap ke dalam badan. 

Oleh sebab itu,  apabila kita dihidangkan dengan bulgogi, tiada lagi rasa kekurangan dari segi zat dan kepuasan.

0 comments:

Post a Comment

Share

 
We Are Pinkers © 2014 | Hak Cipta PinkViral Diubahsuai Oleh AshraXX, Aiman Ismail