Jangan panggil dia Lady Gaga jika tidak dia tak buat hal yang pelik-pelik. Muziknya, penammpilannya juga perangainya yang sentiasa di 'luar logik akal', tak pernah gagal mencuri tumpuan seluruh dunia. Untuk majlis perkahwinannya pun, penyanyi ini dikhabarkan telah memilih konsep yang unik.
Lady Gaga merancang mahu melangsungkan pernikahannya di luar angkasa. Pernikahannya dengan Taylor Kinney itu akan diselenggarakan awal tahun depan dengan penerbangan ruang angkasa oleh Virgin Galactic milik Sir Richard Branson.
Laporan ContactMusic menyebut, menurut sumber, Lady Gaga dan Taylor tak akan mensia-siakan kesempatan untuk berkahwin di angkasa lepas.
"Dipastikan pernikahan ini hanya simulasi saja kerana tak mungkin ada paderi di atas sana," kata sumber tersebut.
Tak hanya menikah, Lady Gaga juga memberitahu yang dia akan tampil menyanyi di atas sana nanti.
"Peluang berada di angkasa lepas merupakan suatu penghormatan. Saya ingin merasai sendiri pengalaan dengan menciptakan sesuatu yang tidak hanya akan memnyatukan banyak orang, tetapi juga menyebarkan pesanan cinta di seluruh galaksi," jelasnya.
Lady Gaga sendiri dikhabarkan mendapat tiket pesawat luar angkasa itu secara percuma - untuk satu kerusi, harga penerbangan ke angkasa menelan kos USD 250.000 (kira-kira RM750,000)
Selain itu, Lady Gaga harus melakukan persiapan khusus bagi membolehkan dia menyanyi di angkasa. Tubuh badannya akan dipastikan dapat menahan perbedaan tekanan sepanjang berada di atmosfera.
0 comments:
Post a Comment