Akhirnya Awal Ashaari & Scha Dedah Wajah Penuh Lara Alana


Menerusi portal Sensasi www.ohbulan.com dengan Artikel Penantian Peminat Berakhir, Awal & Scha Dedah Wajah Penuh Lara Alana. Memang Comel Gila!

Yayyyyy!! Akhirnya dapat juga peminat semua melihat wajah penuh puteri sulung Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni! Yelah kan, sebelum ni asyik dapat ‘teaser’ je.

Malah, Awal juga dah mendedahkan full name si comel itu. Bukanlah Lara Lodin seperti yang diwar-warkan sebelum ini, tetapi Lara Alana.

Peminat pun apa lagi! Overexcited la bila dah nampak wajah Lara Alana yang memang great A comelnya. Ada yang cakap lebih kepada muka Awal. Tapi tetap sweet macam Scha. Ha… Jom tengok sini!

Comel gred A punya!

Siapa rasa si Lara Alana ni tak comel boleh dah buat pembedahan mata. Hehe… Setakat ni, foto yang dimuat naik oleh Awal & Scha ini mendapat total lebih 23 ribu like di kedua-dua laman Instagram mereka.

Maka, terungkailah sudah semua pertanyaan di minda para peminat sekaligus menidakkan dakwaan haters yang mendakwa bahawa mereka enggan menayang foto anak mereka kerana si cilik tu tak comel. Pandai-pandai je korang ni!

Kami percaya, lepas ni mesti lagi banyak foto Lara Alana akan dikongsikan oleh Awal dan Scha. So, rajin-rajinlah jengan laman Instagram mereka ya!

Biadap! Gadis Mesir Hina Islam Dengan Najis Dan Darah Haid



Aktivis dan feminis Mesir, Aliaa Magda Elhamda, 23, bertindak sangat biadap semata-mata bagi menunjukkan kebencian terhadap Islam yang digambarkannya menyokong keganasan, rasis dan hipokrasi.
Menerusi laman sosial Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang air besar dan memandang kebelakang sambil menunjukkan jari tengah. Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid.
Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah. Justeru mana-mana umat Islam yang melihat gambar ini pasti berasa sakit hati.
Sesungguhnya ini bukan soal sama ada kita menyokong perjuangan ISIS atau tidak tetapi perlakuan Aliaa telah menghina agama Islam secara umum.

Begitu pun kebanyakan media cetak Arab dikatakan tidak melayan kegilaan Aliaa ini kerana tak mahu mencetak artikel bersama gambarnya bagi menjaga kesucian kalimah suci yang terdapat pada bendera yang disabotaj.



Ini bukan kali pertama Aliaa bertindak melampaui batas. Pada 2011 dia mengepos gambar bogelnya di laman sosial bagi menunjukkan pendirian sama.


Tindakan itu mencetus kontroversi namun Aliaa tidak membalas kritikan diterimanya sementara pada masa sama terus aktif memperjuangkan hak sama rata wanita dan lelaki di Mesir. 

Fernando Torres Bakal Jadi Milik JDT?

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016.



Baginda yang juga presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama 2 tahun.
"Kami memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin, Johor Baru semalam.
Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.
Tunku Ismail bertitah, antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini bermain dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina, Javier Saviola.
Saviola kini bermain dengan kelab Serie A Itali, Hellas Verona.
Ditanya mengapa JDT berminat mendapatkan Torres walaupun beliau gagal menyinar ketika di Chelsea, Tunku Mahkota bertitah, penyerang Sepanyol itu merupakan pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkebolehan.
"Walaupun prestasinya di Chelsea kurang memberangsangkan, tetapi kita juga kena lihat prestasinya ketika di Liverpool dan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol," titahnya.
Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan bekas penyerang utama kelab Itali, Inter Milan, kelahiran Argentina, Diego Milito turut berminat bermain untuk Harimau Selatan.
Baginda bertitah, semua pemain import JDT pada musim ini akan dikekalkan untuk musim 2015, manakala barisan pemain tempatan akan diubah dengan kemasukan muka baharu daripada beberapa pasukan.
Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan 5 pemain tempatan JDT yang bakal digantikan dengan muka baharu itu dengan alasan ia akan mengganggu moral pemain Harimau Selatan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia.
Empat pemain import JDT pada musim ini adalah Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dari Argentina, pemain pertahanan Brazil Marcos Antonio Santos serta Hariss Harun dari Singapura.
Ditanya mengenai kegagalan mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Cameroon, Samuel Eto'o, baginda bertitah, bekas penyerang terbaik Afrika itu meminta bayaran tinggi dan di luar kemampuan pasukan selatan tanah air itu.
"Dia (Eto'o) meminta bayaran tinggi," titah baginda tentang rundingannya dengan Eto'o yang kini beraksi dengan kelab di Merseyside dalam Liga Perdana Inggeris, Everton.
Mengenai masa depan ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak, baginda bertitah, kedudukan pengendali kelahiran Croatia itu adalah selamat dan akan terus mengendalikan juara Liga Super itu pada musim depan.
Baginda bertitah, JDT 2 pula akan mempunyai jurulatih import pada musim depan, manakala bekas penyerang pasukan Johor pada 1980-an, Ervin Boban pula akan melatih pasukan Johor pada Piala FAM musim depan. – Bernama, 3 September, 2014.

Share

 
We Are Pinkers © 2014 | Hak Cipta PinkViral Diubahsuai Oleh AshraXX, Aiman Ismail