Akhirnya Awal Ashaari & Scha Dedah Wajah Penuh Lara Alana


Menerusi portal Sensasi www.ohbulan.com dengan Artikel Penantian Peminat Berakhir, Awal & Scha Dedah Wajah Penuh Lara Alana. Memang Comel Gila!

Yayyyyy!! Akhirnya dapat juga peminat semua melihat wajah penuh puteri sulung Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni! Yelah kan, sebelum ni asyik dapat ‘teaser’ je.

Malah, Awal juga dah mendedahkan full name si comel itu. Bukanlah Lara Lodin seperti yang diwar-warkan sebelum ini, tetapi Lara Alana.

Peminat pun apa lagi! Overexcited la bila dah nampak wajah Lara Alana yang memang great A comelnya. Ada yang cakap lebih kepada muka Awal. Tapi tetap sweet macam Scha. Ha… Jom tengok sini!

Comel gred A punya!

Siapa rasa si Lara Alana ni tak comel boleh dah buat pembedahan mata. Hehe… Setakat ni, foto yang dimuat naik oleh Awal & Scha ini mendapat total lebih 23 ribu like di kedua-dua laman Instagram mereka.

Maka, terungkailah sudah semua pertanyaan di minda para peminat sekaligus menidakkan dakwaan haters yang mendakwa bahawa mereka enggan menayang foto anak mereka kerana si cilik tu tak comel. Pandai-pandai je korang ni!

Kami percaya, lepas ni mesti lagi banyak foto Lara Alana akan dikongsikan oleh Awal dan Scha. So, rajin-rajinlah jengan laman Instagram mereka ya!

Biadap! Gadis Mesir Hina Islam Dengan Najis Dan Darah Haid



Aktivis dan feminis Mesir, Aliaa Magda Elhamda, 23, bertindak sangat biadap semata-mata bagi menunjukkan kebencian terhadap Islam yang digambarkannya menyokong keganasan, rasis dan hipokrasi.
Menerusi laman sosial Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang air besar dan memandang kebelakang sambil menunjukkan jari tengah. Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid.
Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah. Justeru mana-mana umat Islam yang melihat gambar ini pasti berasa sakit hati.
Sesungguhnya ini bukan soal sama ada kita menyokong perjuangan ISIS atau tidak tetapi perlakuan Aliaa telah menghina agama Islam secara umum.

Begitu pun kebanyakan media cetak Arab dikatakan tidak melayan kegilaan Aliaa ini kerana tak mahu mencetak artikel bersama gambarnya bagi menjaga kesucian kalimah suci yang terdapat pada bendera yang disabotaj.



Ini bukan kali pertama Aliaa bertindak melampaui batas. Pada 2011 dia mengepos gambar bogelnya di laman sosial bagi menunjukkan pendirian sama.


Tindakan itu mencetus kontroversi namun Aliaa tidak membalas kritikan diterimanya sementara pada masa sama terus aktif memperjuangkan hak sama rata wanita dan lelaki di Mesir. 

Fernando Torres Bakal Jadi Milik JDT?

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016.



Baginda yang juga presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama 2 tahun.
"Kami memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin, Johor Baru semalam.
Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.
Tunku Ismail bertitah, antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini bermain dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina, Javier Saviola.
Saviola kini bermain dengan kelab Serie A Itali, Hellas Verona.
Ditanya mengapa JDT berminat mendapatkan Torres walaupun beliau gagal menyinar ketika di Chelsea, Tunku Mahkota bertitah, penyerang Sepanyol itu merupakan pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkebolehan.
"Walaupun prestasinya di Chelsea kurang memberangsangkan, tetapi kita juga kena lihat prestasinya ketika di Liverpool dan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol," titahnya.
Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan bekas penyerang utama kelab Itali, Inter Milan, kelahiran Argentina, Diego Milito turut berminat bermain untuk Harimau Selatan.
Baginda bertitah, semua pemain import JDT pada musim ini akan dikekalkan untuk musim 2015, manakala barisan pemain tempatan akan diubah dengan kemasukan muka baharu daripada beberapa pasukan.
Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan 5 pemain tempatan JDT yang bakal digantikan dengan muka baharu itu dengan alasan ia akan mengganggu moral pemain Harimau Selatan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia.
Empat pemain import JDT pada musim ini adalah Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dari Argentina, pemain pertahanan Brazil Marcos Antonio Santos serta Hariss Harun dari Singapura.
Ditanya mengenai kegagalan mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Cameroon, Samuel Eto'o, baginda bertitah, bekas penyerang terbaik Afrika itu meminta bayaran tinggi dan di luar kemampuan pasukan selatan tanah air itu.
"Dia (Eto'o) meminta bayaran tinggi," titah baginda tentang rundingannya dengan Eto'o yang kini beraksi dengan kelab di Merseyside dalam Liga Perdana Inggeris, Everton.
Mengenai masa depan ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak, baginda bertitah, kedudukan pengendali kelahiran Croatia itu adalah selamat dan akan terus mengendalikan juara Liga Super itu pada musim depan.
Baginda bertitah, JDT 2 pula akan mempunyai jurulatih import pada musim depan, manakala bekas penyerang pasukan Johor pada 1980-an, Ervin Boban pula akan melatih pasukan Johor pada Piala FAM musim depan. – Bernama, 3 September, 2014.

Percayakah Anda Jika Proton Exora Sebenarnya Lebih Baik Dari Honda Odyssey? Kami Pun Terkejut.


Serius admin sendiri tidak percaya pada mulanya,agak susah sebenarnya untuk sebuah kereta nasional kita untuk mendapat tumpuan dan pujian diluar negara.Jangan tidak percaya jenama tempatan seperti proton dan perodua langsung tidak dipandang dan mungkin juga ada diantara mereka yang tidak pernah dengar jenama tersebut.

Bagaimanapun apabila membaca sebuah laman web dari Australia,admin seakan-akan tidak percaya dan terkedu seketika apabila membaca review mengenai salah sebuah model keluaran syarikat aumotif nasional negara iaitu Proton Exora.

Benarkah Proton Exora lebih baik jika dibandingkan dengan Honda Odyssey?Wow...agak memeranjatkan semua,tetapi menerusi review yang dibuat,tidak dinafikan ada beberapa kelemahan yang berjaya dikenalpasti dalam proton exora.Namun begitu satu perbandingan yang dibuat dari segi pemanduan dengan Honda Odyssey sudah cukup untuk mengagumkan kita semua. Menurut penulis berkenaan, pemanduan Proton Exora lebih baik dari Honda Odyssey.

Berikut adalah review dari laman web berkenaan :

The Proton Exora rides more comfortably than the Odyssey, though. While the Malaysian model’s suspension (struts up front, torsion beam at the rear) can be occasionally noisy as it tries to deal with messy road surfaces it’s competent at keeping the body composed.



Jadi, tidak hairanlah kalau semakin ramai orang kita sendiri memilih Proton Exora sebagai MPV untuk keluarga mereka. Beberapa perubahan yang dibuat oleh Proton ternyata telah memberikan impak dan jenama Proton mungkin semakin pulih dari kritikan dan cemuhan rakyat Malaysia keseluruhannya.


Banyak lagi kelebihan Proton Exora yang telah penulis berkenaan sebutkan. Bab kelemahan pula, antaranya adalah mengenai beg udara yang tidak dilengkapi di tempat duduk barisan kedua dan ketiga.


Anda boleh baca petikan penuh artikel berkenaan dibawah:

The Proton Exora is here to help big families on a tight budget | In a day where it would cost a family of seven about $500 for a day trip to Wet’n’Wild, and up towards $250 to go watch a 3D movie at the cinema, a brand new people-mover available for just $25,990 with nothing more to pay may seem heaven sent in relative terms.

The Proton Exora replaces Kia’s Rondo as Australia’s cheapest seven-seater after the South Korean rival stepped up in price with its second-generation version launched locally in 2013. Proton splits its people-mover into two trim grades: GX and GXR. Even the base model has its share of standard-feature highlights.

They include air-conditioning across all three rows, Bluetooth, LED tail-lights, 16-inch alloy wheels and reverse sensors, though possibly most notable is the ceiling-mounted DVD player that will help to keep the rugrats entertained.

The Proton Exora GXR costs another couple of grand at $27,990 drive-away. It adds some aesthetic touches such as extra bits of chrome here and there, daytime running lights and a rear spoiler, though the important additions are a reverse-view camera and cruise control.


Running the Proton is made cheaper by the inclusion of free servicing for five years (with a maximum of 75,000km), free roadside assistance for five years (up to 150,000km) with a five-year/150,000km warranty thrown in for good measure. However, while the Proton giveth peace of mind on the one hand with that generosity, it also taketh some of it away with the omission of protective airbags for the second and third rows. Only the driver and passenger benefit from the potentially life-saving cushioning devices.


The Exora also misses out on a full five-star independent crash rating, losing some marks for its performance in the frontal offset test. If this is a budget-priced people-mover, it is reflected in the cabin that is 50 shades of grey of the literal rather than literary variety.


The design layout is super-basic as are the unrelentingly hard, dull plastics, with upholstery in grey whether you have the GX (cloth) or GXR (leather, with brown highlights).


Storage isn’t great, either, with narrow door pockets and a centre console tray that sits on the floor but is shallow and requires looking away from the road or fumbling around for items such as your mobile. There are dual gloveboxes, though. Boot space is decent, the loading lip isn’t too high, and the rearmost seats also split fold 50/50 for cargo/passenger flexibility.


A comfortable driving position isn’t guaranteed for everyone with the lack of telescopic adjustment for the steering wheel and seatbelt height adjustment. The front armrests of the GXR are also flimsy. Moving back a row, the middle section of the cabin provides good legroom for adults though the seats are flat and unsupportive.


The seatbacks here split 60/40 with a top tether child seat set-up though no Isofix points for the clever child seat restraint system that will be available in Australia in the near future. There’s also a 12V socket in the middle row, with the GXR trim grade gaining an extra one for the back row.


Headroom is excellent in that third row, though the shortage of legroom and virtually non-existent toe space makes these two seats a best-left-for-the-kids scenario.


There is that DVD screen to help pass the kilometres remember (hoping the kids can agree on what to watch), while all occupants get audio entertainment in the form of an aftermarket-style Clarion audio fitted as factory standard. And it’s a great-sounding system.


You may be tempted to turn up the volume, though, to cover over some of the various noises that intrude into the cabin.


The brake pedal in our test car would squeak regularly, buzzes emanated from the dash under acceleration, and the continuously variable transmission auto also made a constant whine, accompanied by some whistle from the turbo fitted to the Exora’s engine. The 1.6-litre turbocharged four-cylinder engine and CVT don’t make a bad combination, though.


There’s only a modest 103kW of power and 205Nm of torque, but the latter is at least produced in a good drivability zone of between 2000 and 4000 revs. (In contrast, the rival Rondo in petrol form produces 213Nm at a high 4700rpm.)


There’s some initial sluggishness off the line, but from there the Proton Exora picks up sufficient people-transporting pace and the transmission helps make that acceleration a smooth affair. It helps that the Exora weighs about 100kg less than the Rondo despite the 4.6m-long Proton being bigger than the Rondo (about 7cm longer and 8cm taller).


Official fuel consumption of 8.3 litres per 100km is reasonable for a seven-seater, though it’s pipped by the Rondo here (7.9L/100km) as well as the bigger (more expensive) Honda Odyssey (7.6-7.8L/100km).

The Proton Exora rides more comfortably than the Odyssey, though. While the Malaysian model’s suspension (struts up front, torsion beam at the rear) can be occasionally noisy as it tries to deal with messy road surfaces it’s competent at keeping the body composed.

Competent is also a good word to describe the steering, which is sufficiently smooth and just needs to be a bit quicker from lock to lock to make the Exora feel more car-like than bus-like.


The Kia Rondo is the stronger people-mover choice if you can stretch to $29,990 (current drive-away deal at time of writing in May 2014), with its more appealing interior and superior safety.


The Exora’s omission of airbag protection for middle- and rear-row passengers is certainly not ideal, and it reduces the vehicle’s Price and Features rating that would otherwise have been a 9 out of 10.


Cabin quality and refinement are also lower than would be preferable, but buyers will weigh that up against the fact this is a competent people-mover that’s both extremely cheap to buy and run.
 |




Jadi,selepas membaca keseluruhan artikel ini dan juga dari review yang laman web luar buat menerusi perbandingan antara Proton Exora Dan Honda Odyssey ini,apakah pandangan anda?setuju atau tidak?Dan jika anda terutamanya yang menggunakan model ini adakah review yang diberikan adalah tepat sebagaimana pengalaman anda sebagai pemandu dan pemilik model berkenaan?Dan jika anda adalah seorang yang anti dengan produk keluaran tempatan ini,apa komen anda?Mungkin masalah yang dihadapi dengan model ini?

Jom kongsikan idea anda di ruangan komen dibawah. :)

Ini 4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dahpun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?
Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?
Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

Ini Kisah Seorang Berjaya Yang "Enggan Pilih Mati". Sangat Inspirasi.


Dia hanya mampu menggerakkan mata dan lidah kerana kecacatan fizikal dialami sejak berusia dua bulan, namun tidak menghalang pendakwah Islam tersohor Arab Saudi, Ammar Bugis untuk menggapai kejayaan.
Meskipun bergelar orang kurang upaya (OKU), namun kecekalan serta daya ingatan istimewa dimiliki Ammar, 28, membolehkannya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 13 tahun.
Malah, beliau dinobatkan sebagai mahasiswa terbaik ketika mengikuti pengajian sarjana muda kewartawanan di Universiti Raja Abdul Aziz, Jeddah.
“Ketika membesar saya ada dua pilihan, sama ada tinggal di rumah menunggu untuk mati atau teruskan kehidupan dan mencapai cita-cita. Akhirnya saya ambil pilihan kedua dan bertekad menewaskan kecacatan saya,” katanya yang menghidap penyakit Werdnig-Hoffman. 
Kini Ammar bukan saja menjadi wartawan akhbar Ukaz di Arab Saudi, malah pengulas sukan stesen televisyen serta pensyarah universiti di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

TV3 Memalukan! Tidak Hormat Permintaan Syarifah Aini. Akhirnya, Ini Balasan...


kami pernah menyiarkan artikel mengenai Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang bertajuk ‘Jangan Keluarkan Gambar Tak Berhijab’ di Media - Sharifah Aini.

Ia berkaitan dengan kenyataan beliau yang memohon agar stesen televisyen dan rakan media supaya tidak lagi mengeluarkan gambar lamanya yang tidak berhijab.

Katanya:

“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”

Bagaimanapun, Isnin lalu, program Majalah 3 menerusi saluran TV3 telah menyiarkan sebuah laporan khas mengenai perjalanan hidup biduanita negara itu.




Laporan tersebut telah memaparkan temubual bersama insan-insan yang rapat dengan Allahyarhamah dan juga rakaman serta gambar lama beliau yang pada ketika itu masih belum berhijab.

Ia sekaligus menimbulkan kemarahan ramai dan disuarakan menerusi Facebook rasmi TV3.





Kami yakin pihak Majalah 3 tidak berniat untuk mengaibkan Allahyarhamah, sebaliknya mahu memberikan penghormatan kepadanya.

Namun, ada benarnya apa yang dikatakan oleh orang ramai itu.

Sebagai sebuah stesen televisyen ternama, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan Allahyarhamah agar tidak menimbulkan kontroversi seperti ini.

Apapun, diharapkan agar ia tidak berpanjangan dan seterusnya dijadikan pengajaran oleh media cetak dan elektronik yang lain

Mohon Semua Baca Terutama Kepada Mereka Yang Bergelar Pelajar Universiti.

Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. 
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. 
Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula.
Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 
Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Ini Fatin, 'Gadis Gaza'. Beliau Tegur Kemarahan Bermusim. Apa Yang Sudah Berlaku?


Gadis muda Fatin Ilani, 20, memberanikan diri naik ke tingkat 60 sebuah bangunan tinggi di Ampang Kuala Lumpur semata-mata untuk bergambar dengan mesej mengutuk kekejaman Israel di Gaza.

Selepas itu gambarnya disebarkan meluas di Internet dan masa berlalu kemarahan orang ramai terhadap negara Yahudi itu semakin hari semakin pudar.

Tetapi, bagi gadis jelita itu, ia bukan apa yang diharapkannya setelah melakukan aksi nekad itu.
"Isu ini adalah isu berkala, kita tidak boleh kalau jadi sesuatu isu itu baru kita nak boikot, berkempen atau berdoa," katanya.

Fatin berkata, beliau mengambil inisiatif itu bersama seorang jurugambar terkenal kerana sudah menjadi “trend” di Malaysia orang ramai sedar sesuatu isu apabila ia diperkatakan meluas.

"Kalau dah jadi viral (meluas), baru orang akan perasan akan sesuatu isu," kata mahasiswa jurusan perniagaan itu ketika diwawancara di KiniTV di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Gadis pemalu itu hadir ke pejabat Malaysiakini bersama seorang adik lelakinya. Beliau tampak sopan berbaju kurung motif flora dan tudung bawal berwarna peach.

Beliau berharap gambar berlatar belakang ibu negara pada waktu malam yang bergemerlapan itu sedikit sebanyak akan mengingatkan rakyat Malaysia tentang penderitaan penduduk Gaza.

Bukan perkara bodoh

Fatin sebelum ini menarik perhatian ramai apabila bergambar memegang plakad “Save Gaza” (Selamatkan Gaza) di atas koridor tingkat atas sekali Menara IB dengan ketinggian hampir 300 meter di ibu negara.

Beliau ketika itu berbaju kelabu kebiru-biruan dan berkain songket dengan beberapa gaya.
Gambar yang dirakam lensa Keow Wee Loong itu kemudiannya disebarkan meluas di alam maya termasuk melalui Facebook, Twitter dan blog serta mendapat pujian melimpah ruah.

Bagaimanapun terdapat juga reaksi negatif dihamburkan padanya oleh segelintir pihak.

Bagaimanapun, sokongan keluarga membuatkannya tabah menerima.

"(Sokongan) terutamanya daripada keluarga saya. Dalam perkara ini mereka berkata, kamu tidak buat perkara bodoh dan kami syukur kamu selamat" katanya sambil ketawa kecil.

"Kita perlu memberi sokongan terhadap Gaza. Cuba bayangkan kalau Malaysia diserang, apa perasaan kita kalau kita tidak dapat sokongan sesiapa pun?"

Menurut Al Jazeera, rakyat Gaza kini boleh menarik sedikit nafas lega apabila Israel dan kumpulan pejuang Islam Hamas kini bersetuju mengadakan gencatan senjata ke arah menamatkan tujuh minggu pertempuran berdarah di Gaza.

Beribu-ribu rakyat Palestin meraikan kegembiraan itu kini.

Aduh! Lagi Mangsa Daripada Cabaran Ice Bucket Challenge. Apa Yang Berlaku Sangat Menyakitkan.


Kegiatan amal Ice Bucket Challenge yang diadakan bagi menyedarkan orang ramai mengenai penyakit gangguan saraf atau Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) rupa-rupanya menjadi mimpi ngeri bagi seorang lelaki.
Ini kerana, lelaki itu mengalami kecederaan selepas rakan-rakannya menggunakan sebuah pesawat ringan bagi menggugurkan kira-kira 400 gelen air ke atasnya.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital kerana bimbang mengalami kecederaan dalaman namun mujurlah doktor mengesahkan lelaki pertengahan usia itu hanya mengalami cedera ringan.
Menurut ketua Skydive Empuriabrava, Rolf Kuratle, mangsa dikejutkan dengan rakannya yang memang seorang juruterbang apabila mereka mengatur untuk melakukan aksi Ice Bucket Challenge ini dengan cara lain.
“Rakannya memandu pesawat itu yang digunakan untuk memadamkan kebakaran hutan, dan telah menggugurkannya air ke atas rakan mereka,’’ katanya.
Ice Bucket Challenge bermula di Amerika Syarikat dan telah tersebar di media sosial. Ia kini berjaya mengumpul £37 juta untuk ALS.
Selebriti dunia turut terlibat dalam cabaran Ice Bucket Challenge ini.

"Sleep Paralysis"? Ini Penjelasan Paling Logik Bagi Mereka Yang Selalu Kena 'TINDIH'.



Fenomena Ditindih Ketika Sedang Tidur | Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. 

Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. 

Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. 

Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.


Adakah Sleep Paralysis merbahaya?

Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah psikitari yang tersembunyi.

Apakah itu Sleep Paralysis ?

Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur. 

Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. Zyra sendiri telah merasai fenomena ni, memang takut sangat tamabah-tambah bila tak boleh nak baca sebarang ayat Quran sebab lidah jadi kelu. 

Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh.

Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?

Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau postdormital.

Hypnagogic atau Predormital - Ketika kita mula tidur tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan. Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan sebarang perubahan yang belaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

Hypnopomic atau Postdormital - Ketika tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit. 

Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan menyimpan tenaga semula. 

Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. 

Otot badan akan “turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

Itulah serba sedikit jawapan kepada fenomena ditindih ketika tidur ini yang dibuat kajian olah pengamal perubatan barat. 

Jika masih berasa was-was atau takut, amalkan membaca Ayat Qursi sebelum tidur, In Shaa Allah tidur kita akan terpelihara..

Baca Untuk Tahu 15 Cara Bergambar Bina Kolam Renang Manual. Sangat Cantik!

Projek membina sendiri kolam renang yang begitu menarik. Walaupun tidaklah begitu canggih seperti kolam renang yang dibina dengan teknologi terkini namun DIY kolam renang ni nampak menarik dan sesuai utnuk bersantai bersama keluarga. Sesiapa yang ada tanah yang luas boleh cuba di rumah.


































"Saya Tak Kisah Jika Pekerja Saya Penyokong PR" - KJ



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau tiada masalah untuk mengambil penyokong Pakatan Rakyat berkerja dengannya sekiranya terbukti individu itu berkebolehan tinggi.

Katanya individu tersebut juga seharusnya bersikap profesional, boleh menyimpan maklumat-maklumat sulit serta patuh kepada kerajaan yang memerintah.

"Jika ada seseorang dari Pakatan yang terbukti lebih berkebolehan, satu-satunya perkata yang saya risaukan ialah maklumat sulit," katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan bertema 'Malaysia: Getting On or Getting By' di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, biar apapun fahaman politik yang dipegang, calon tersebut mestilah seseorang yang mampu mendokong amalan beretika di pejabat.

"Saya tidak kisah jika dia tidak menyokong saya atau parti saya. Saya juga boleh terima jika dia tidak sukakan saya tetapi saya tidak boleh terima jika dia membocorkan (maklumat sulit) atau tidak menghormati etika di pejabat.

"Kita tidak menyembunyikan apa-apa tetapi ada sesetengah perkara yang dianggap sensitif dan sesetengah maklumat yang dilihat sulit atas sebab-sebab keselamatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa terdapat calon dari Perdana Fellows yang mengkritiknya dalam laman media sosial, namun beliau tetap mengambil mereka bekerja percaya mereka mampu memberi sumbangan kepada negara.

Tambah Khairy, selagi calon-calon tersebut memberi khidmat kepada menteri dan kerajaan yang memerintah, ia dianggap 'sudah cukup baik'.

Anggota Parlimen Rembau itu menjawab soalan sama ada beliau ingin mengambil pelatih politik dari pembangkang sekiranya mereka lebih berkebolehan berbanding pelatih dari Barisan Nasional (BN).

Sidang kemuncak MSLS itu dianjurkan oleh United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students (UKEC). - astro awani

Share

 
We Are Pinkers © 2014 | Hak Cipta PinkViral Diubahsuai Oleh AshraXX, Aiman Ismail